Saturday, September 27, 2008

MEMILIH JODOH

Panduan 1 : Memilih Calon Suami atau Isteri

Sudah menjadi tabiat hidup manusia lelaki lawannya perempuan. Sampai waktunya seorang lelaki akan tertarik hati dengan seorang perempuan. Lelaki yang baik tidak akan melanggar peraturan agama dan adab sopan santun dalam memenuhi keinginannya. Dia akan mendapatkan nasihat dan panduan daripada orang yang lebih mengetahui dan berpengalaman dalam menentukan cara-cara untuk memenuhi keinginannya terhadap seorang perempuan. Begitu juga perempuan yang baik dia tidak akan mengikut hawa nafsu atau perasaan sahaja. Dia akan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada keluarganya untuk mencari pasangan hidup.

Pemilihan suami atau isteri yang paling utama hendaklah berdasarkan :

Æ Berpendidikan agama dan mengamalkan suruhan agama.
Æ Berakhlak mulia dan sentiasa menjaga maruah.
Æ Berfikiran terbuka dan menghormati pendapat orang lain.
Æ Pandai berkomunikasi dan mesra dalam perhubungan.
Æ Tabah dan sabar.
Æ Jujur, bertanggungjawab dan bersifat penyayang.
Æ Setaraf atau sekufu dari segi keturunan, kedudukan, usia, penampilan diri, paras rupa dan seimbang dari segi pendidikan.
Æ Sihat atau berpotensi untuk melahirkan anak.
Æ Memahami prinsip kekeluargaan dan tujuan berkeluarga.
Æ Berasal daripada keluarga yang baik (soleh).


Sepuluh perkara yang tersebut adalah sebagai panduan umum tentang individu yang layak menjadi pilihan bakal suami atau bakal isteri, iaitu individu yang soleh daripada keluarga yang soleh. Panduan ini perlu diambilkira keseluruhannya supaya tujuan berumahtangga akan tercapai iaitu membina rumahtangga bahagia. Daripada suami dan isteri yang soleh, maka akan menjadikan bapa yang soleh dan ibu yang solehah selanjutnya membuahkan anak-anak yang solehin dan solehat. Mereka semua akan membentuk keluarga yang soleh dan melakukan amal soleh yang kemudiannya akan mewujudkan rumahtangga bahagia.

Untuk lebih lanjut lagi sila taip http://ilham-syariah.blogspot.com atau klik arah ingin mendalami ilmu ugama? - (nota syariah form 6) di sebelah kanan ane..

No comments: