Sunday, July 29, 2012

10 KEKELIRUAN DALAM SAF


Islam agama yang istimewa. Malah jika dilihat dari sudut solatnya lebih-lebih lagi ketika berjemaah di dalam rumah Allah. Keunikan Islam jelas ketara namun sayangnya, masih ramai yang agak keliru tentang solat berjemaah. Sehinggakan ia tidak sempurna. Sedangkan hakikat solat itu tiang agama.

1. Luruskan Saf
Rasulullah pernah bersabda bahawa sesungguhnya kesempurnaan saf atau barisan dalam sembahyang merupakan sebahagian daripada solat jemaah. Jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, secara tidak langsung pahala solat jemaah tidak sempurna. Justeru, ketidaksempurnaan saf bukanlah maslah kecil mahupun boleh diambil mudah.

2. Tugas Imam dan Bilal.
Kekeliruan acap kali timbul melibatkan tugas meluruskan saf antara imam dan bilal. Peranan imam menyuruh makmum meluruskan saf, manakala bilal pula membacakan iqamah bagi membangkitkan jemaah. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda sendiri pergi membetulkan saf. Malah, dalam riwayat yang lain diceritakan bahasa Saidina Umar pernah menggunakan pedangnya untuk memastikan saf dalam keadaan lurus.

3.Saf kosong (putus)
Apabila saf kosong atau putus, solat jemaah juga menjadi tidak sempuna. Apabila salah seorang makmum keluar dari jemmah menyebabkan wujud ruang kosong, adalah menjadi keutamman makmum di bahagian belakang untuk bergerak ke hadapan. Walau bagaimanapun, ini perlu bergantung pada keadaan. Sekiranya tidak ada orang di bahagian balakang, makmum di bahagian tepi perlu berganjak.
4.Pengisian Saf
Dalam mengisi saf, saf pertama perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Apabila penuh saf kedua, ia perlu dipenuhi dari bahagian tengah. Bagaimanapun pada masa yang sama ia mesti berada dalam keadaan seimbang dan tidak berat sebelah.

5.Merapatkan saf.
Setiap makmum mesti merapatkan saf. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu berada dalam keadaan terlampau rapat. Bersentuhan kaki atau siku sudah memadai. Apabila berada dalam keadaan terhimpit sewaktu dudk tahiyat akhir, makmum boleh berada dalam tahiyat awal agar tidak menggangu kehusyukan makmum sebelah.
6. Pakaian
Menjaga pakaian ketika dalam saf adalah penting. Makruh hukumnya apabila memakai pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar. Ini boleh menggangu kehusyukan jemaah lain. Lazimnya jemaah terdorong untuk melihat dan membacanya ketika solat. Oleh itu kita disunatkan memandang tempat sujud.
7. Pergerakan dalam saf.
Semasa sedang berjemaah, makmum tidak boleh bergerak sewenang-wenangnya kerana ia bole membatalkan solat. Pergerakan untuk mengisi ruang kosong dalam saf perlu dibuat tidak lebih tiga pergerakan. Kita masuk ke dalam saf itu secara perlahan-lahan dan pastikan ia dilakukan tidak lebih daripada tiga pergerakan. Jika lebih ia dikira berjalan dan boleh membatalkan solat.
8. Kerusi kecil dalam saf.
Tidak salah bagi individu yang kurang upaya untuk bersolat jemaah dengan menggunakan bangku kecil. Bagaimanapun, adalah lebih baik dia berada dalam saf paling tepi supaya dia tidak menggangu jemaah yang lain. Namun begitu adalah lebih afdhol sekiranya individu itu mampu untuk berdiri sebentar. Ini kerana rukun pertama dalam solat adalah berdiri dengan tegak ini jika individu itu mampu. Berdiri takbiratul ihram kemudiannya barulah duduk.

9. Solat batal.
Dalam keadaan tertentu, solat imam adalah sah. Manakala solat makmum boleh terbatal. Misalnya apabila menunaikan solat maghrib tiga rakaat, imam telah menyambung rakaat keempat kerana terlupa. Apabila makmum sedar dan dia mengikut pergerakan imam, maka terbatallah solatnya. Dalam keadaan ini makmum mempunya dua pilihan- mufarakah (keluar dari sembahyang jemmah niat sendiri) ataupun tunggu imam habis dalam keaadan duduk dan memberikan salam selepas imam.

10. Menegur imam
Apabila imam melakukan kesilapan, makmum lelaki perlu menegur imam dengan cara bertasbih- subhanallah. Bagi wanita, adalah memadai dengan menepuk tangan kiri menggunakan tangan kanan. Menegur imam dengan cara menyebut kesilapannya boleh membatalkan solat.
nota kaki : rujukan kitab minyatul musolli dan al-um karya Imam Syafie.
 
Sumber dari blog http://ramlahngattenngadenan.blogspot.com
 

No comments: