Islam
 agama yang istimewa. Malah jika dilihat dari sudut solatnya lebih-lebih
 lagi ketika berjemaah di dalam rumah Allah. Keunikan Islam jelas ketara
 namun sayangnya, masih ramai yang agak keliru tentang solat berjemaah. 
Sehinggakan ia tidak sempurna. Sedangkan hakikat solat itu tiang agama.

1. Luruskan Saf
Rasulullah
 pernah bersabda bahawa sesungguhnya kesempurnaan saf atau barisan dalam
 sembahyang merupakan sebahagian daripada solat jemaah. Jika ia tidak 
dilakukan dengan sempurna, secara tidak langsung pahala solat jemaah 
tidak sempurna. Justeru, ketidaksempurnaan saf bukanlah maslah kecil 
mahupun boleh diambil mudah.
2. Tugas Imam dan Bilal.
Kekeliruan
 acap kali timbul melibatkan tugas meluruskan saf antara imam dan bilal.
 Peranan imam menyuruh makmum meluruskan saf, manakala bilal pula 
membacakan iqamah bagi membangkitkan jemaah. Pada zaman Rasulullah SAW, 
baginda sendiri pergi membetulkan saf. Malah, dalam riwayat yang lain 
diceritakan bahasa Saidina Umar pernah menggunakan pedangnya untuk 
memastikan saf dalam keadaan lurus.
3.Saf kosong (putus)
Apabila
 saf kosong atau putus, solat jemaah juga menjadi tidak sempuna. Apabila
 salah seorang makmum keluar dari jemmah menyebabkan wujud ruang kosong,
 adalah menjadi keutamman makmum di bahagian belakang untuk bergerak ke 
hadapan. Walau bagaimanapun, ini perlu bergantung pada keadaan. 
Sekiranya tidak ada orang di bahagian balakang, makmum di bahagian tepi 
perlu berganjak.
4.Pengisian Saf
Dalam
 mengisi saf, saf pertama perlu dipenuhkan terlebih dahulu. Apabila 
penuh saf kedua, ia perlu dipenuhi dari bahagian tengah. Bagaimanapun 
pada masa yang sama ia mesti berada dalam keadaan seimbang dan tidak 
berat sebelah.
5.Merapatkan saf.
Setiap
 makmum mesti merapatkan saf. Walau bagaimanapun, ia tidak perlu berada 
dalam keadaan terlampau rapat. Bersentuhan kaki atau siku sudah memadai.
 Apabila berada dalam keadaan terhimpit sewaktu dudk tahiyat akhir, 
makmum boleh berada dalam tahiyat awal agar tidak menggangu kehusyukan 
makmum sebelah.
6. Pakaian
Menjaga
 pakaian ketika dalam saf adalah penting. Makruh hukumnya apabila 
memakai pakaian yang mempunyai tulisan atau gambar. Ini boleh menggangu 
kehusyukan jemaah lain. Lazimnya jemaah terdorong untuk melihat dan 
membacanya ketika solat. Oleh itu kita disunatkan memandang tempat 
sujud.
7. Pergerakan dalam saf.
Semasa
 sedang berjemaah, makmum tidak boleh bergerak sewenang-wenangnya kerana
 ia bole membatalkan solat. Pergerakan untuk mengisi ruang kosong dalam 
saf perlu dibuat tidak lebih tiga pergerakan. Kita masuk ke dalam saf 
itu secara perlahan-lahan dan pastikan ia dilakukan tidak lebih daripada
 tiga pergerakan. Jika lebih ia dikira berjalan dan boleh membatalkan 
solat.
8. Kerusi kecil dalam saf.
Tidak
 salah bagi individu yang kurang upaya untuk bersolat jemaah dengan 
menggunakan bangku kecil. Bagaimanapun, adalah lebih baik dia berada 
dalam saf paling tepi supaya dia tidak menggangu jemaah yang lain. Namun
 begitu adalah lebih afdhol sekiranya individu itu mampu untuk berdiri 
sebentar. Ini kerana rukun pertama dalam solat adalah berdiri dengan 
tegak ini jika individu itu mampu. Berdiri takbiratul ihram kemudiannya 
barulah duduk.
9. Solat batal.
Dalam
 keadaan tertentu, solat imam adalah sah. Manakala solat makmum boleh 
terbatal. Misalnya apabila menunaikan solat maghrib tiga rakaat, imam 
telah menyambung rakaat keempat kerana terlupa. Apabila makmum sedar dan
 dia mengikut pergerakan imam, maka terbatallah solatnya. Dalam keadaan 
ini makmum mempunya dua pilihan- mufarakah (keluar dari sembahyang 
jemmah niat sendiri) ataupun tunggu imam habis dalam keaadan duduk dan 
memberikan salam selepas imam.

10. Menegur imam
Apabila
 imam melakukan kesilapan, makmum lelaki perlu menegur imam dengan cara 
bertasbih- subhanallah. Bagi wanita, adalah memadai dengan menepuk 
tangan kiri menggunakan tangan kanan. Menegur imam dengan cara menyebut 
kesilapannya boleh membatalkan solat.
nota kaki : rujukan kitab minyatul musolli dan al-um karya Imam Syafie.
Sumber dari blog http://ramlahngattenngadenan.blogspot.com
 
 
